PAKEJ WAKAF AL-QURAN

Posted in Wakaf Al-Quran

Wakaf merupakan pengamalan yang pahalanya terus mengalir meskipun pewakaf sudah meninggal dunia; maka wakaf tergolong ke dalam amal jariyah atau amalan yang tidak putus pahalanya bagi orang yang beramal mewakafkan harta bendanya di jalan Allah Swt.

Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan ada tiga perkara (yang tidak terputus); iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dengannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibu bapanya”.

(Hadis riwayat Muslim)